Tempat Makan Pagi Georgetown. Georgetown merupakan ibu negeri Pulau Pinang yang terkenal dengan seni jalanan, bangunan warisan, dan vibes klasiknya. Setiap lorong dalam bandar warisan UNESCO ni macam bawa kita menyusuri cerita lama yang masih hidup – penuh dengan nostalgia dan pesona tersendiri. Bukan hanya sekadar itu – Georgetown juga syurga bagi pencinta makanan!
Untuk korang yang tengah plan bercuti ke sini, jangan lepaskan peluang untuk cuba pelbagai tempat makan pagi di Georgetown, Penang yang memang best dan pelbagai pilihan sarapan pagi yang menarik. Pendek kata, semuanya ada!
Senarai Tempat Makan Pagi di Georgetown
Berikut adalah beberapa tempat makan pagi yang boleh anda kunjungi :
Roti Canai Transfer Road
Gerai tepi jalan yang terkenal di George Town, Pulau Pinang, dengan hidangan roti canai bersama kari ayam atau daging yang kaya rasa.
Alamat | 114, 110, Jalan Transfer, Georgetown, 10050 George Town, George Town, Malaysia |
Masa Operasi | Setiap Hari; 8.00 pagi – 1.00 petang |
No. Phone | +6013 402 5497 |
Hutton Lane Roti Bakar
Popular dengan beberapa hidangan sarapan pagi seperti Roti Bakar Telur Goyang (Roti panggang dengan telur separuh masak, disajikan dengan kari ayam atau daging lembu) dan Roti Canai Telur Goyang Keju (Roti canai dengan telur separuh masak dan keju, disajikan dengan kari).
Alamat | 300, Jalan Phee Choon, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang. |
Waktu Operasi | Setiap hari; 5:30 pagi – 2:00 petang (12:30 petang hari Jumaat). |
No. Phone | +60134025497 |
Roti Canai Gemas Road
Bermula pada tahun 1994 oleh adik-beradik berketurunan India-Muslim, gerai ini juga dikenali sebagai “Kedai Shaikh” oleh penduduk tempatan. Menu utama wajib cuba adalah Roti Canai dengan Telur Mata Lembu dan Keju.
Alamat | 51, 29, Jalan Gemas, Taman Kampar, 10460 George Town, Pulau Pinang |
Waktu Operasi | Selasa – Ahad; 7:00 Pagi – 12:30 Tenga hari |
No. Phone | +60164345786 |
Nasi Lemak Ali
Gerai nasi lemak terkenal di Pulau Pinang. Nasi lemak di sini dihidangkan dalam daun pisang dengan pilihan lauk seperti ikan bilis, sotong, ayam, ikan, udang, dan ikan masin. Sambal yang digunakan terkenal dengan kepedasannya yang tinggi. @alinasilemakdaunpisang
Alamat | Sri Weld Food Court, 19 Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang. |
Waktu Operasi | Isnin – Sabtu : 7.00 pagi – 2.00 petang |
No. Phone | +60164070717 |
Astaka Taman Tun Sadon
Astaka Taman Tun Sardon adalah destinasi sarapan pagi yang popular di Pulau Pinang, terletak di Gelugor. Tempat ini menawarkan pelbagai pilihan makanan tempatan seperti Nasi Lemuni, lontong,Kuey Teow Th’ng, Serabai,Char Kuey Teow, & Chapati.
Alamat | Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor, 11700 Pulau Pinang |
Waktu Operasi | Setiap hari; 6:30 pagi – 12:00 Tengah hari |
No. Phone | – |
Dengan beberapa senarai lokasi tempat makan pagi di Georgetown, Penang yang kami kongsikan ini, korang kini mempunyai panduan lengkap untuk menikmati sarapan pagi terbaik di Georgetown, Pulau Pinang.
Artikel Berkaitan : Senarai Tempat Makan Menarik di Kota Bharu, Kelantan 2025
Jika ada port sarapan lain yang korang rasa patut masuk dalam senarai ni? Jom kongsi pengalaman dan cadangan korang di ruangan komen di bawah.
Jangan lupa simpan artikel ni sebagai panduan dan kongsikan dengan kawan-kawan serta keluarga yang nak menikmati sarapan pagi di Georgetown.