Panduan Lengkap Tips Jimat Duit Travel di Jepun yang Wajib Korang Tahu
Jepun sememangnya menjadi destinasi impian ramai pelancong dengan tarikan uniknya seperti bunga sakura, budaya tradisional, teknologi moden, dan makanan yang menggoda selera. Namun, kos perbelanjaan di Jepun sering dianggap tinggi dan membuat ramai orang rasa “tak mampu nak pergi”.
Sebenarnya, kalau korang tahu cara yang betul dan perancangan yang teliti; travel ke Jepun boleh jadi jauh lebih murah daripada yang disangka. Artikel ini akan kongsikan tips jimat duit travel di Jepun yang praktikal, mudah diamalkan, dan sesuai untuk korang yang nak menikmati pengalaman penuh tanpa membazir.
Tips Jimat Duit Travel di Jepun
1. Pengangkutan
- Rail Pass (JR Pass) – Kalau travel antara bandar (contoh: Tokyo–Kyoto–Osaka), JR Pass sangat berbaloi. Tapi kalau hanya pusing dalam satu bandar, guna IC Card (Suica, Pasmo, ICOCA) lebih murah.
- Bas malam – Lebih jimat dari Shinkansen kalau tak kisah ambil masa lama, siap jimat kos penginapan sebab boleh tidur dalam bas.
- Pass khas bandar – Contoh: Osaka Amazing Pass, Tokyo Metro Pass – boleh naik unlimited + masuk tarikan tertentu.
2. Makanan
- Konbini (7-Eleven, Family Mart, Lawson) – Banyak pilihan murah & sedap. Bento, onigiri, sandwich bawah ¥500.
- Gyudon chain (Sukiya, Yoshinoya, Matsuya) – Semangkuk gyudon boleh dapat sekitar ¥350–¥500.
- 100 Yen Sushi (Sushiro, Kura Sushi) – Sushi pusing-pusing murah dan fresh.
- Depachika (Food court bawah department store) – Makanan akan dijual dengan harga diskaun lepas 7 malam.
3. Penginapan
- Capsule hotel / guesthouse – Sesuai kalau solo travel. Harga sekitar ¥2,000–¥4,000 semalam.
- Airbnb – Kalau travel group, sewa rumah boleh jadi lebih murah dari hotel.
- Business hotel (Toyoko Inn, APA Hotel) – Simple tapi selesa, harga berpatutan.
- Masa booking online, try guna VPN Jepun (Harga boleh jatuh sebab korang VPN local japan).
4. Tarikan & Aktiviti
- Banyak tempat free – Shrine, temple, taman awam, pasar (contoh: Nishiki Market, Tsukiji Outer Market).
- Hari percuma muzium – Sesetengah muzium ada hari free entry (biasanya minggu pertama bulan).
- Street food & festival – Jimat kos makan + pengalaman budaya sekali.
5. Shopping
- 100 Yen Shop (Daiso, Seria) – Souvenir murah & unik.
- Don Quijote – Beli barang travel essentials & cenderamata dengan harga lebih rendah.
- Tax-free – Kalau belanja lebih ¥5,000 dalam satu resit di kedai tax-free, boleh claim pengecualian cukai (bawa pasport).
6. Lain-lain
- Bawa botol air – Air paip Jepun selamat diminum, tak perlu asyik beli air botol.
- WiFi & data – Sewa pocket WiFi kongsi ramai-ramai atau beli SIM card unlimited data. Lebih murah dari roaming.
- Elak peak season – Spring (sakura) & musim panas (Obon) harga hotel dan tiket biasanya melambung.
Travel ke Jepun tak semestinya perlukan bajet besar. Dengan perancangan yang bijak dan sedikit strategi, korang boleh nikmati pengangkutan, makanan, penginapan, serta pengalaman terbaik di Jepun tanpa poket bocor.
Dari penggunaan JR Pass, makan di konbini, hingga memilih tarikan percuma; semuanya boleh bantu kurangkan kos tapi tetap bagi pengalaman yang tak ternilai. Jadi, kalau korang bercadang untuk ke Jepun, pastikan korang guna tips jimat duit travel di Jepun ini supaya perjalanan korang lebih menyeronokkan, murah, dan berbaloi.
Penting: 10 Sebab Pelancong Boleh Dihalang Masuk ke Jepun
✨ Jangan lupa simpan artikel ni sebagai rujukan, dan follow Projek Travel di media sosial untuk lebih banyak perkongsian menarik tentang travel dan tips bajet!
- Resipi Kangkung Belacan
- Rainforest Rising di Anurak Community Lodge: Pengalaman Eco-Tourism Unik di Surat Thani
- Cuti Deepavali 2025 & Cuti Sekolah Tambahan KPM
- 5 Aktiviti Menarik Wajib Cuba di Surat Thani, Thailand
- Saudia Airlines Diiktiraf Antara Syarikat Penerbangan Terkemuka Dunia Dalam Keselamatan Operasi & Kualiti