7 Cara Pilih Buah Durian Elok & Berisi Penuh: Tips Penting Beli Durian

Cara Pilih Buah Durian
Kongsi Artikel ini

Cara Pilih Buah Durian Elok & Berisi Penuh: Tips Penting Beli Durian

Beli durian ni kadang-kadang rasa macam main jud1 pon ada; silap pilih, boleh menangis tak berlagu. Luaran nampak gah, tapi bila buka; isi nipis, kering, bena, atau langsung tak ada isi! Nak-nak bila bayar sampai beratus, memang terasa tertipu habis. Sebab tu, sampai sekarang min sendiri pun seriau nak beli durian walaupun musim dah tiba.

Kalau korang jenis yang suka durian tapi selalu cuak nak beli sendiri, artikel ni memang untuk korang. Kami kongsikan tip pilih buah durian yang elok dan isi tebal, supaya korang tak perlu ‘bertaruh’ lagi masa beli. Lepas ni, insyaAllah beli terus puas hati; isi lemak, manis, dan berbaloi dengan harga!

Tips Beli Buah Durian

1. Periksa Tangkai – Ada Getah Menandakan Segar

Pastikan tangkai buah durian masih bergetah dan berlendir. Ini tanda buah baru gugur dan masih segar. Elakkan buah yang tangkainya kering dan keras; ia mungkin sudah lama jatuh atau disimpan terlalu lama.

2. Awas Tangkai Kecut – Kualiti Menurun

Jika tangkai mengecut dan mengecil, besar kemungkinan durian sudah tidak segar. Jangan mudah percaya bila peniaga kata “baru gugur”, tapi tanda fizikal tak menunjukkan begitu.

3. Elakkan Buah Pecah di Bahagian Buntut

Durian yang sudah pecah atau merekah di bahagian bawah (buntut) biasanya menunjukkan buah itu sudah lama gugur. Buah durian akan mula merekah secara semula jadi selepas hari ketiga. Jadi, pilih buah yang masih tertutup untuk kualiti isi yang lebih baik.

4. Bentuk Duri – Pendek & Sekata Untuk Rasa Lemak Manis

Durian dengan duri pendek dan sekata biasanya menghasilkan isi yang lemak manis, sesuai untuk penggemar durian jenis “creamy” dan bertekstur halus.

5. Duri Melengkung – Manis Berpahit Sikit

Kalau korang suka durian yang manis tapi ada sedikit pahit (gabungan rasa yang power), pilih buah yang berduri melengkung dan agak panjang; lebih kurang seinci.

6. Bau Setiap Pangsa – Rahsia Durian Masak Elok

Nak tahu isi elok atau tidak? Cuma cium bau setiap pangsa. Jika semua bahagian berbau harum, itu tanda buah sudah masak sempurna dan belum rosak.

7. Tip Gaya Profesional Pilih Durian

Nak jadi macam ‘otai’ durian? Ini antara teknik yang selalu digunakan oleh pemilih durian profesional:

  • Goncang Buah: Durian masak akan terasa bergegar kerana isi sudah terlerai dari pangsa.
  • Garu Kulit: Jika ada bunyi kosong/lompong, itu tandanya isi sudah lembut. Bunyi padat = buah muda.
  • Kenal Durian Bukit vs Durian Kampung: Durian bukit selalunya lebih kecil (2.5-3.0kg), isi lebih tebal, duri lebih pendek dan rasa lebih eksklusif.
  • Kikis Kulit Tangkai: Warna kulit ari di tangkai boleh tunjuk warna isi.
    Kulit ari kuning = isi kuning
    Kulit tebal = isi tebal
    Warna tembaga/coklat perang = isi tembaga (lazim durian bukit)

Sumber: Facebook Izwan Ahmad via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Sekarang korang dah tahu cara pilih durian yang elok dan berisi tebal, tak perlulah risau kena ‘game’ lagi musim ni. Ingat, jangan hanya tengok kulit — guna deria bau, rasa tangkai, tengok duri, dan kalau boleh, belajar ‘goncang’ macam otai!

Baca: Resipi Pulut Durian Kuah Santan: Langkah Mudah, Confirm Jadi!

Beli durian ni bukan sekadar nak kenyang; kita nak rasa puas, senyum lepas buka, dan rasa “berbaloi!” bila suap isi lemak manis tu masuk mulut. Jadi, gunakan tip yang kami kongsi ni bila korang ke gerai durian nanti.

Kalau rasa artikel tentang Cara Pilih Buah Durian ni bermanfaat, simpan dan kongsi dengan geng kaki durian. Nak lagi banyak tip berguna dan cerita makan menarik? Follow Projek Travel sekarang!

4 thoughts on “7 Cara Pilih Buah Durian Elok & Berisi Penuh: Tips Penting Beli Durian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *