Itinerary 4H3M ke Sihanoukville & Koh Rong, Cambodia

menarik di sihanoukville & koh rong cambodia
Kongsi Artikel ini

Percutian Sihanoukville & Koh Rong: Itinerary Lengkap 4 Hari 3 Malam

Kemboja (Cambodia) tidak hanya terkenal dengan keajaiban sejarah Angkor Wat di Siem Reap, tetapi juga menawarkan pelbagai destinasi menarik lain yang setaraf hebatnya. Antaranya ialah Sihanoukville, sebuah bandar pelabuhan yang digelar sebagai “permata pantai Kemboja”, kini muncul sebagai pusat pelancongan moden dengan resort mewah, hiburan malam, serta pelbagai aktiviti air yang menyeronokkan.

peta sihanoukville, cambodia

Hanya beberapa jam dari sini, Koh Rong menanti dengan pesonanya yang asli. Pulau ini terkenal dengan pantai berpasir putih, laut biru jernih, dan suasana santai yang jauh daripada hiruk-pikuk bandar. Ia menjadi pilihan ideal untuk pelancong yang mahukan ketenangan sambil menikmati keindahan semula jadi.

AirAsia Cambodia

Lebih menarik, sekarang perjalanan ke Sihanoukville jadi lebih mudah dengan adanya penerbangan terus dari Kuala Lumpur menaiki AirAsia Cambodia. Hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit dari KLIA2, korang dah boleh sampai ke Sihanoukville. Terima kasih kepada AirAsia yang memudahkan percutian ke destinasi menarik ini.

Itinerary Percutian di Sihanoukville & Pulau Koh Rong

👉 Hari 1: Summer Bay Beach Resort – Bay of Light – Won Majestic Hotel

Perjalanan kami di Sihanoukville bermula dengan singgahan pertama di Summer Bay Beach Resort. Setibanya di sini, setiap tetamu diberi tuala basah untuk menyegarkan diri, cukup sesuai dengan cuaca panas tropika di pesisir pantai Kemboja.

Makan tengah hari disediakan dengan pilihan lauk yang lengkap bersama air kelapa segar yang menjadi pelengkap wajib. Suasana resort yang santai membuatkan hidangan tengah hari terasa lebih istimewa.

Selesai makan, kami bergerak ke Bay of Light, sebuah kawasan pembangunan mega yang sedang dibina untuk dijadikan salah satu destinasi pelancongan mega. Menariknya, projek ini bakal menjadikan seluruh bandar bercahaya pada waktu malam dengan konsep moden yang memukau.

Aktiviti di Bay of Light

Pada sebelah petang, kami mencuba pelbagai aktiviti mencabar adrenalin seperti Go Kart, ATV Ride dan Jetski. Semua aktiviti ini tersediakan di dalam kawasan Bay of Light, menjadikannya lokasi ideal untuk mereka yang sukakan pada aktiviti outdoor dan cabaran.

Hari pertama diakhiri dengan check-in di Won Majestic Hotel, sebuah penginapan mewah berdekatan pantai. Hotel ini juga mempunyai tarikan seperti casino, menjadikannya tumpuan utama pelancong bukan islam. Malamnya, kami dijamu makan malam bersama pihak pengurusan hotel dalam suasana eksklusif dan mesra.

👉 Hari 2: Golden Lions Roundabout – Local Market – Arjuna Resort & Spa

Hari kedua dimulakan dengan kunjungan ke Golden Lions Roundabout. Sebuah mercu tanda paling ikonik di Sihanoukville. Struktur singa emas gergasi ini bukan sahaja menjadi simbol kebanggaan bandar ni, malah menjadi lokasi wajib untuk bergambar kenangan.

Golden Lions Roundabout, Sihanoukville

Selesai bergambar, kami singgah di Local Market Sihanoukville. Di sinilah boleh dirasai kehidupan masyarakat tempatan. Pasar ini ada menjual pelbagai hasil segar, daripada buah-buahan tropika hingga cenderamata unik yang sesuai dijadikan buah tangan.

Local Market Sihanoukville

Menjelang tengah hari, perjalanan diteruskan ke Arjuna Resort & Spa. Kami disambut mesra oleh Encik Fandi, penolong pengurus resort yang berasal dari Jakarta. Resort eksklusif ini cukup istimewa kerana lobi hotelnya terletak di tingkat 13, menawarkan panorama pesisir pantai yang cukup menakjubkan. Pada sebelah petangnya, kami diberi peluang menikmati pengalaman “hotel tour” yang lengkap.

Arjuna Resort & Spa, Sihanoukville

Hari kedua benar-benar memberi keseimbangan antara pengalaman budaya, kulinari, dan gaya hidup mewah, menjadikan Sihanoukville destinasi pelancongan yang semakin menyerlah di Asia Tenggara.

👉 Hari 3: Koh Rong – Beach Walk Resort – Aktiviti Pulau

Hari ketiga membawa kami ke destinasi yang dinanti-nantikan iaitu Pulau Koh Rong. Sebuah destinasi tropika yang semakin mendapat tempat di hati pelancong. Dengan menaiki GTVC Ferry, kami dibawa merentasi lautan biru jernih sebelum tiba di pulau yang terkenal dengan pantainya yang memutih dan air laut kebiruan yang mempesona.

GTVC Ferry

Setibanya di pulau, kami terus ke Beach Walk Resort untuk menginap selama dua malam. Resort ini menawarkan suasana santai di tepi pantai, sesuai untuk pelancong yang mahu berehat dan menikmati keindahan semula jadi.

pulau koh rong

Selepas makan tengah hari, aktiviti diteruskan dengan Half Day Boat Tour mengelilingi kawasan Coconut Island. Antara pengalaman yang menyeronokkan ialah:

  • Memancing di laut terbuka.
  • Snorkeling di perairan jernih untuk melihat dunia bawah laut yang menakjubkan.
  • Berenang di pantai peribadi yang tenang dan mendamaikan.
Half Day Boat Tour pulau koh rong

Hari ketiga kami diakhiri dengan makan malam di resort. Hidangan makan malam special dalam suasana santai berlatar belakangkan bunyi ombak dan pemandangan laut yang menenangkan.dangan laut yang indah.

👉 Hari 4: Perkampungan Nelayan – Prek Koang Kang – Wat Kiri Cholsa – Fire Show

Hari terakhir dimulakan dengan lawatan santai ke perkampungan nelayan di Koh Rong. Di sini, kami berpeluang melihat sendiri kehidupan harian masyarakat tempatan yang masih mengekalkan cara hidup tradisional dalam suasana yang sederhana tetapi penuh keaslian.

Prek Koang Kang, koh rong

Perjalanan kemudian diteruskan ke Prek Koang Kang, sebuah kawasan ekopelancongan yang dikelilingi hutan paya bakau. Lokasi ini terkenal dengan aktiviti mesra alam seperti:

  • Berkayak merentasi hutan bakau yang rimbun.
  • Walking trail hingga ke tepi pantai sambil menikmati udara segar.
  • Makan tengah hari dalam suasana semula jadi, dikelilingi kehijauan dan bunyi alam.
Wat Kiri Cholsa, koh rong

Selepas itu, kami ke Wat Kiri Cholsa, sebuah kuil bersejarah yang menjadi tarikan budaya di Koh Rong. Dinding dan syiling kuil ini dihiasi dengan lukisan seni Buddha berwarna-warni, memberikan pengalaman yang unik bagi pencinta seni dan sejarah.

Pantai Koh Rong

Malam terakhir kami di pulau ditutup dengan makan malam istimewa di resort, sebelum menyaksikan persembahan fire show di tepi pantai. Pertunjukan api yang memukau ini benar-benar menjadi penutup sempurna untuk perjalanan 4 hari yang penuh pengalaman di Sihanoukville dan Koh Rong.

Baca juga:

Percutian 4 hari 3 malam ke Sihanoukville dan Koh Rong bersama AirAsia Cambodia menjanjikan pengalaman yang cukup unik. Ia adalah gabungan sempurna antara percutian pantai, budaya, dan gaya hidup moden.

Kalau korang tengah cari destinasi percutian baharu di Asia Tenggara, Sihanoukville & Koh Rong patut masuk dalam bucket list travel korang tahun 2025 ni.

✨ Jangan lupa follow Projek Travel untuk lebih banyak itinerary, tips percutian & inspirasi travel terkini. Simpan dan kongsikan artikel ni untuk rujukan percutian korang nanti!

One thought on “Itinerary 4H3M ke Sihanoukville & Koh Rong, Cambodia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *