Berita baik untuk korang yang merancang perjalanan balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 ! Walaupun ramai tertanya-tanya mengenai tol percuma Aidilfitri 2025, kerajaan setakat ini hanya menawarkan diskaun 50% untuk kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol di Malaysia, kecuali beberapa lokasi di sempadan.
Diskaun Tol Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025
Kerajaan telah mengumumkan diskaun tol sebanyak 50% yang akan berkuat kuasa bermula 12.01 tengah malam pada 28 Mac (Jumaat) hingga 11.59 malam 29 Mac 2025. Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, sebagai salah satu inisiatif kerajaan untuk meringankan beban rakyat sempena perayaan.
Senarai Lebuhraya dengan Diskaun Tol 50%
Diskaun ini akan diberikan kepada pengguna lebuh raya di seluruh negara, kecuali plaza tol di sempadan Malaysia-Singapura iaitu:
❌ Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
❌ Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)
Jadi, bagi yang menggunakan lebuh raya lain, korang boleh menikmati penjimatan tol 50% sepanjang tempoh yang ditetapkan.
Tips Balik Kampung dengan Lebih Lancar
Memandangkan ramai yang akan mengambil kesempatan ke atas diskaun ini, berikut adalah beberapa tips perjalanan balik kampung yang boleh membantu korang elakkan kesesakan:
- Rancang perjalanan awal – Jangan tunggu saat akhir untuk bertolak bagi mengelakkan kesesakan teruk di lebuh raya.
- Semak trafik terkini – Gunakan aplikasi seperti Waze atau Google Maps untuk mendapatkan maklumat lalu lintas.
- Isi minyak penuh – Elakkan beratur panjang di stesen minyak dengan mengisi penuh tangki sebelum memulakan perjalanan.
- Bawa makanan & minuman – Kalau terperangkap dalam kesesakan, sekurang-kurangnya ada bekalan makanan untuk mengelakkan kelaparan.
- Sediakan duit tunai secukupnya – Tak semua tempat menerima pembayaran secara digital. Pastikan bawa cash untuk tol (jika perlu), petrol, dan keperluan kecemasan lain, terutamanya jika kampung korang berada di kawasan luar bandar.
Artikel Berkaitan : Tips Perjalanan Balik Raya Bersama AirAsia 2025
Diskaun Tol Aidilfitri 2025 – Jangan Lepaskan Peluang!
Inilah masa terbaik untuk berjimat ketika pulang ke kampung! Walaupun tiada tol percuma Aidilfitri 2025, kerajaan tetap menawarkan diskaun tol 50% pada 28 & 29 Mac 2025.
Jangan lupa kongsi berita baik ini dengan keluarga dan rakan-rakan supaya mereka juga boleh menikmati penjimatan ketika pulang ke kampung.
Selamat pulang ke kampung & Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri!