KOTA BHARU, 31 Oktober 2025 – Tahniah buat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) atas pengiktirafan sebagai Smart City Early Adopter 2025 sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2025.
Pengiktirafan ini sekali gus meletakkan Kota Bharu antara bandar terawal di Malaysia yang melangkah ke fasa transformasi bandar pintar (Smart City) di bawah Pelan Induk Bandar Pintar Malaysia (Malaysia Smart City Framework – MSCF) anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Apa Itu Smart City Early Adopter?
Istilah Smart City Early Adopter merujuk kepada bandar yang terpilih untuk melaksanakan dan menguji konsep bandar pintar sebelum pelaksanaannya diperluaskan ke seluruh negara.
Bandar-bandar ini menjadi model perintis (pilot city) bagi menguji keberkesanan pelbagai teknologi pintar dalam pengurusan bandar. Termasuk infrastruktur digital, perkhidmatan awam, alam sekitar, dan pembangunan komuniti.
Sebagai bandar perintis, MPKB-BRI menerima bimbingan dan kerjasama teknikal daripada agensi pusat seperti PLANMalaysia, MAMPU, MDEC, dan TM. Selain berpeluang menikmati geran khas & sokongan teknikal dalam pembangunan sistem bandar pintar.
Enam Dimensi Utama Bandar Pintar Malaysia
Untuk mencapai taraf Bandar Pintar mengikut piawaian kebangsaan & antarabangsa seperti ISO 37122:2019 (Smart City Indicators). Sesebuah bandar perlu memenuhi enam dimensi utama:
- 🏛️ Smart Government (Kerajaan Pintar)
 Pengurusan digital, e-pembayaran, dan sistem aduan bersepadu untuk rakyat.
- 🌳 Smart Environment (Alam Sekitar Pintar)
 Pemantauan banjir, tenaga hijau, dan pengurusan sisa melalui teknologi pintar.
- 🚗 Smart Mobility (Mobiliti Pintar)
 Pengangkutan awam bersepadu, sistem parkir pintar, dan aplikasi navigasi masa nyata.
- 🏙️ Smart Economy (Ekonomi Pintar)
 Sokongan terhadap e-dagang, inovasi teknologi, dan pelaburan hijau.
- 🧠 Smart People (Rakyat Pintar)
 Masyarakat berpengetahuan digital, inovatif, dan aktif dalam komuniti digital.
- 🏡 Smart Living (Kehidupan Pintar)
 Peningkatan kualiti hidup melalui keselamatan pintar, kesihatan digital, dan kemudahan awam efisien.
Kota Bharu Menuju Bandar Pintar Islam
Sebagai ibu negeri Kelantan & pusat ekonomi utama di Pantai Timur. Kota Bharu mempunyai potensi besar untuk menjadi model Smart City Early Adopter Wilayah Pantai Timur.
Langkah ke arah bandar pintar ini dipacu melalui pelancaran Pelan Kota Bharu Bandar Pintar (Kota Bharu Smart City Plan) oleh PLANMalaysia@Kelantan bersama MPKB-BRI, dengan sokongan penuh Kerajaan Negeri Kelantan.
Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh peranan Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam (BRI). Tetapi juga memacu keseimbangan antara kemajuan teknologi dan nilai-nilai Islamik. Menjadikannya model bandar pintar berteraskan syariah di Malaysia.
Harapan dan Masa Depan
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, menyampaikan penghargaan dan tahniah atas kejayaan ini. Beliau menyifatkannya sebagai langkah strategik yang memperkukuh pembangunan lestari dan digitalisasi pentadbiran bandar.

Pengiktirafan Smart City Early Adopter 2025 ini menjadi simbol bahawa Kota Bharu kini bersedia menuju masa depan bandar yang lebih efisien, mesra rakyat, & mampan. Ini seiring aspirasi Malaysia ke arah negara pintar menjelang tahun 2030.
Baca juga: Senarai Tempat Makan Menarik di Kota Bharu, Kelantan 2025
Kesimpulan
Langkah Kota Bharu ke arah bandar pintar bukan sekadar transformasi teknologi, tetapi simbol keseimbangan antara kemajuan dan nilai Islamik.
Teruskan ikuti Projek Travel untuk liputan terkini tentang pembangunan, budaya dan destinasi menarik di seluruh Malaysia. Jangan lupa share dan simpan artikel ini untuk sokongan kepada usaha menjadikan Malaysia lebih pintar dan berdaya maju!
- 17 Kesilapan Pelancong Sering Lakukan di Jepun (No. 7 Ramai Terlupa!)
- Kota Bharu Diiktiraf Smart City Early Adopter 2025: Langkah Besar Menuju Bandar Raya Pintar Islam
- Ferrari Build & Race di Legoland Malaysia: Tarikan Baharu Interaktif Pertama di Asia!
- Macao Trip: Panduan Mesra Muslim
- Timor-Leste Kini Anggota ke-11 ASEAN: Sejarah Baharu Asia Tenggara
 
			 
			