Resipi Pulut Kuning Kelantan: Lembut Dan Wangi

Resipi Pulut Kuning Kelantan
Kongsi Artikel ini

Resipi Pulut Kuning Kelantan | Pulut kuning ialah hidangan tradisional yang sinonim dengan majlis seperti kenduri, doa selamat, perkahwinan dan Hari Raya. Setiap negeri ada gaya tersendiri. Versi Kelantan ini terkenal dengan warna kuning terang, aroma wangi, dan tekstur pulut yang kekal lembut walaupun telah sejuk.

Nak tahu cara buat pulut kuning Kelantan yang sedap, wangi dan tahan lembut? Jom cuba resipi lengkap di bawah!

Bahan-bahan

  • 1 kg beras pulut
  • 1 ½ cawan santan pekat
  • 1 sudu besar garam kasar
  • 2 sudu besar gula
  • Pewarna kuning telur (pilihan)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 keping asam keping/gelugur
  • Daun pandan (untuk aroma)

Cara Penyediaan Pulut Kuning Kelantan

  1. Rendam Pulut
    – Basuh beras pulut hingga bersih.
    – Rendam semalaman bersama serbuk kunyit, pewarna kuning dan asam keping.
    – Rendaman ini membantu warna kuning menyerap dengan sekata.
  2. Kukus Kali Pertama
    – Kukus pulut selama 30 minit.
    – Sesekali kacau atau balikkan pulut agar masak rata.
    – Masukkan daun pandan untuk aroma yang lebih wangi.
  3. Masukkan Santan
    – Bancuh santan bersama gula dan garam hingga larut.
    – Rasa dulu dan sesuaikan mengikut cita rasa korang.
    – Bila pulut dah masak, keluarkan dari kukusan dan arung/kacau bersama campuran santan tadi hingga sebati (guna sudip untuk hasil terbaik).
  4. Kukus Kali Kedua
    – Masukkan kembali pulut yang sudah digaul santan ke dalam kukusan.
    – Kukus semula selama 15 minit.
  5. Sedia Dihidangkan
    – Pulut yang siap dimasak boleh dimasukkan ke dalam loyang atau dibentuk dalam acuan mengikut kreativiti masing-masing. Biarkan ia sejuk seketika sebelum dihidang.

Teksturnya kekal lembut walaupun selepas beberapa jam, dan sangat sesuai digandingkan dengan rendang, serunding, kari atau sambal tumis.

Pulut kuning Kelantan bukan sekadar hidangan tradisional, tetapi simbol kemeriahan dan kasih sayang yang terjalin dalam setiap majlis istimewa. Dengan resipi ini, korang bukan sahaja dapat menikmati pulut yang lembut & wangi, tapi juga menghidupkan semula warisan masakan tradisional yang kian dilupakan.

Artikel Berkaitan : Resipi Akok Kedut Kelantan: Sedap, Lembut & Lemak

Jika korang gemarkan resipi-resipi klasik seperti ini, jangan lupa simpan artikel Resipi Pulut Kuning Kelantan ini untuk rujukan, kongsikan dengan yang tersayang, dan ikuti media sosial Projek Travel untuk lebih banyak inspirasi makanan warisan serta cerita budaya yang menyentuh jiwa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *