Resipi Telur Bungkus: Cara Orang Bujang Sedap Dan Mudah

Resipi Telur Bungkus
Kongsi Artikel ini

Telur bungkus ialah hidangan yang terdiri daripada inti daging cincang, sayuran, dan sos yang dibungkus kemas dalam lapisan telur dadar nipis. Penyediaannya memerlukan teknik yang tepat untuk memastikan telur tidak terlalu tebal atau terlalu nipis, agar mampu membungkus inti dengan baik tanpa pecah. Hidangan ini sesuai disediakan sebagai lauk utama dan boleh dinikmati bersama nasi putih.

Artikel ini kita akan kongsikan resipi telur bungkus secara lengkap, merangkumi senarai bahan, langkah-langkah penyediaan, serta tip penting untuk mendapatkan hasil masakan yang memuaskan.

Bahan-Bahan Telur Bungkus

Bahan Inti:

  • Isi ayam – dipotong kecil
  • 2 ulas bawang putih – dicincang halus
  • ½ biji bawang besar – dipotong dadu
  • ¼ batang lobak merah – dipotong dadu kecil
  • ½ biji tomato – dipotong dadu
  • Sedikit cili merah – dihiris

Bahan Lain

  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos Thai
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Secubit garam
  • Sedikit air
  • Minyak masak secukupnya

Cara Memasak Telur Bungkus

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan isi ayam, kacau hingga separuh masak.
  3. Tambahkan sos cili, sos Thai, dan sos tiram. Gaul rata.
  4. Tuangkan sedikit air bersama secubit garam, kacau sebati.
  5. Masukkan lobak merah dan bawang besar. Masak selama 1–2 minit hingga lembut.
  6. Akhir sekali, masukkan tomato dan cili merah. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.
  7. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, tambah sedikit garam, dan pukul sebati.
  8. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tuang telur yang telah dipukul, lenggang nipis hingga menutupi permukaan kuali.
  9. Letakkan inti ayam yang dimasak tadi di tengah telur, kemudian lipat tepi telur membungkus inti dengan kemas.
  10. Angkat telur bungkus dengan berhati-hati dan terbalikkan di atas pinggan untuk dihidangkan.

Tips Memasak

  • Gunakan api kecil semasa memasak telur supaya lapisan kekal lembut.
  • Boleh tambah cendawan, jagung manis, lobak merah atau lada benggala untuk lebih variasi.
  • Kalau suka pedas, masukkan sedikit cili kisar atau sos cili ke dalam inti.

Dengan resipi telur bungkus yang mudah ini, korang boleh cipta hidangan lazat dalam masa kurang 30 minit. Sesuai untuk makan tengah hari, malam, atau bila-bila masa korang craving lauk telur yang lain daripada biasa.

Artikel Berkaitan : Resipi Kerabu Sotong Thai: Mudah, Ringkas, & Penuh Rasa

Ikuti Projek Travel untuk lebih banyak resipi menarik dan kisah budaya makanan tempatan. Jangan lupa simpan dan kongsi artikel ini dengan kawan-kawan supaya semua dapat cuba resipi sedap ini!

Most Viewed Posts

One thought on “Resipi Telur Bungkus: Cara Orang Bujang Sedap Dan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *